Tuesday, 15 March 2011

::AKU ADALAH PELAJAR UNIVERSITI KEHIDUPAN::

Kalau ditanyakan kepada orang tua, bilakah masanya dalam takah kehidupan ini mereka rasakan terlalu banyak melakukan kesalahan dan kesilapan? Nescaya mereka menjawab, "semasa kami masih muda."
Ya, bila seorang tua menoleh ke belakang, terasa begitu banyak perkara yang sepatutnya dibuat semasa muda, tidak dibuat. Sebaliknya banyak pula perkara yang tidak sepatut dibuat, telah dibuat.
Sayangnya, kebanyakan orang muda tidak menyedari hakikat ini sehinggalah mereka  sendiri meningkat tua. Lalu atas kealpaan itu mereka akan mengulangi kesalahan yang pernah dilakukan oleh bapa, datuk dan moyang mereka pada zaman mudanya. Pendek kata, ramai manusia lambat belajar di 'universiti kehidupan' ini. 'Kurikulum' pelajaran yang sepatutnya telah difahami di peringkat muda baru difahaminya hanya apabila kita meningkat tua.
Alam adalah sebuah 'universiti' yang luas dan besar. Setiap manusia adalah para pelajarnya. Dan manusia terpaksa belajar berterusan. Hidup adalah satu siri pelajaran yang tersusun rapi untuk difahami dan dihayati sepanjang hayat. Mungkin ini juga termasuk dalam maksud "tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad."
Jika difahami, pelajaran-pelajaran ini akan memberi panduan dan suluh kehidupan untuk hidup yang lebih tenang dan bahagia. Tetapi sekiranya pelajaran ini gagal difahami, maka hidup akan huru-hara dan kita akan selalu menghadapi keadaan yang tidak menentu.
Kurikulum pelajaran ini pula tersusun mengikut tahap usia dan tempoh kedewasaan seseorang. Justeru, di peringkat muda ada 'pelajaran-pelajaran' tertentu yang perlu difahami benar-benar sebelum menghadapi usia dewasa yang jauh lebih mencabar. Apakah 'pelajaran-pelajaran' itu dan apakah cara sebaik-baiknya mempelajarinya?
Itulah salah satu persoalan penting yang mesti dijawab oleh setiap kita. Jangan sampai pelajaran yang sepatutnya 'selesai' pada usia muda terpaksa dibawa ke peringkat tua. Kalau begitu keadaannya maka rugilah. Samalah seperti pelajar universiti yang terpaksa 'refer'  atau 'repeat' akibat gagal dalam peperiksaan semester atau tahunan mereka.
Proses Transisi
Para remaja adalah kelompok manusia yang sedang melalui satu proses transisi. Mereka telah meninggalkan alam kanak-kanak tetapi belum mencapai alam dewasa. Tahap transisi ini tidak stabil. Umpama air (cecair) yang hendak bertukar menjadi wap (gas), maka molekul-molekulnya terlebih dahulu bergerak dengan cepat dan tidak menentu.
Keadaan itu samalah dengan remaja, pada tahap itu jiwa, akal, nafsu, emosi dan lain-lain elemen-elemen dalaman mereka sedang bergolak. Takah usia ini paling tidak stabil – tercari-cari identiti diri, krisis pemikiran, ingin mencuba, perubahan biologi dan macam-macam lagi.
Dan di tahap ini juga para remaja akan menemui pelbagai situasi dan kondisi – suka dan duka, kejayaan dan kegagalan, permusuhan dan kasih-sayang, sempadan dan teladan. Muncul pelbagai individu dalam hidup mereka dengan pelbagai kelakuan dan sikap. Terjadi bermacam-macam peristiwa dengan membawa pelbagai kesan.
Ada Pelajaran Untuk Difahami Dan Dihayati
Sesungguhnya semua itu tidak berlaku sia-sia melainkan ada 'pelajaran' yang dibawanya untuk difahami dan dihayati. Para remaja (malah orang tua sekalipun) mesti dapat membaca 'mesej' yang dibawa oleh setiap peristiwa, individu dan keadaan yang berlaku ke atas kita. Jika tidak, kita terpaksa mengulangi pelajaran itu berkali-kali.
Sebab itulah dalam pengalaman kita, sering  kita temui orang tertentu yang sentiasa berdepan dengan masalah yang sama. Abu misalnya, akan sentiasa 'pokai' setiap pertengahan bulan dan sentiasa merungut duitnya tidak cukup. Minah, sudah lima kali ditinggalkan kekasih dan mengeluh tidak ada lelaki yang benar-benar memahami perasaannya. Joe pula, telah tujuh kali jatuh motor dan marah-marah tentang nasib malang yang sedang menimpanya.
Anehnya mengapa Mat tidak mengalami masalah 'pokai' seperti yang selalui dialami Abu. Bedah tidak seperti Minah, dia telah pun bertunang dengan lelaki yang pertama dikenalinya? Manakala Samad, cuma sekali sahaja jatuh motor dalam hidupnya dan sekarang sedang selesa memandu Perodua yang baru dibelinya... Apakah yang menyebabkan keadaan atau nasib mereka berbeza?
Cepat Dan Lambat Belajar
Bezanya ialah ada diantara para kita yang cepat belajar dengan hidup sebaliknya ada di antara mereka yang tidak pernah atau lambat belajar. Yang belajar, akan 'naik kelas' dan layak untuk mengambil mata pelajaran baru yang lebih tingkat dan martabatnya. Yang tidak belajar, terpaksa mengambil mata pelajaran yang sama berkali-kali.
Abu, contoh kita tadi, tidak pernah belajar bagaimana mengurangkan perbelanjaan berbanding pendapatan... dan dia akan mengalami masalah yang sama walaupun kiranya nanti ia menjawat jawatan yang tinggi dan bergaji besar. Manakala Minah, tidak cuba mengenali kelemahan dirinya sendiri sebagai seorang wanita justeru dia sering menemui lelaki yang tidak sepatutnya dia temui.
Pasti Ada Didikan Terus Daripada Allah
Jadi langkah pertama supaya kita 'lulus' dalam pelajaran hidup ialah kita perlu akur bahawa setiap yang berlaku di dalam kehidupan ada unsur pengajaran dan didikan buat kita. Setiap peristiwa, pahit atau manis, setiap individu, baik atau buruk – hakikatnya adalah 'guru' yang mengajar kita. Dan setiap guru itu mengajar sesuatu yang baik, walaupun kadangkala kelihatan pahit, pedih dan sakit kita menerimanya.
Untuk itu, apabila ditimpa sesuatu musibah atau menerima sesuatu nikmat, hendaklah ditanyakan pada diri sendiri, "apakah pelajaran yang di sebalik semua ini?" Pandanglah semua yang berlaku ke atas kita ada tujuan yang tertentu, maka barulah hidup kita sentiasa bertujuan. Kata ahli-ahli sufi, setiap yang berlaku dalam hidup ialah 'mehnah' – maksudnya didikan terus dari Allah.
Mereka berpendapat bahawa apa sahaja yang berlaku dalam hidup adalah ujian dan ujian itu hakikatnya adalah didikan terus daripada Allah. Ahli sufi menambah lagi bahawa jika manusia tidak mampu dididik melalui didikan terus dari Allah (mehnah) maka manusia tersebut tidak akan dapat dididik lagi oleh sesiapaun. Inilah yang ditegaskan oleh Ibnu Attoillah, seorang sufi yang terkenal dalam buku-buku karangannya.
Jika seorang datang membuat kita marah, maka dia adalah 'guru' yang hendak mengajar kita erti sabar. Jika kita selalu 'kesempitan' wang maka itu tandanya kita harus bersedia belajar erti berjimat cermat. Jika kita rasa kita sedang dikecewakan, itu menunjukkan kita sedang belajar untuk membina sikap tidak terlalu mengharap.
Begitulah seterusnya dalam apa jua situasi dan masa, kita hakikatnya sedang belajar dan dididik. Memang pada lahirnya, manusia, peristiwa dan kejadian yang sedang bertindak ke atas kita tetapi sedarilah hakikatnya semua itu adalah datang dari Allah. Semuanya berlaku dengan izin Allah, yang dengan itu DIA hendak mendidik kita. Maka terimalah didikan itu dengan baik kerana tujuanNya mendidik pun pasti baik.
Apakah sebenarnya yang menjadi 'tujuan' di sebalik 'pelajaran-pelajaran' yang datang dan pergi dalam hidup kita? Tujuan utama pelajaran dalam hidup ini adalah untuk mengubah kita ke arah yang lebih. Perubahan tidak dapat dielakkan justeru   hidup ini sendiri adalah satu proses perubahan yang berterusan.
Sudah menjadi sunatullah (peraturan Allah) yang tidak berubah dalam hidup ini adalah perubahan itu sendiri. Perubahan sentiasa berlaku dan ia diluar kawalan manusia. Kita akan kalah jika kita tidak berubah. Jadi, berubahlah mengikut haluan dan kawalan kita sendiri. Jika tidak, kita juga terpaksa berbuah, mengikut kawalan orang lain atau keadaan sekeliling.
Manusia Umpana Nakhoda Di Lautan
Manusia umpama nakhoda yang belayar di lautan. Sebagai nakhoda kita punya arah dan destinasi tersendiri. Tetapi tiupan angin, pukulan gelombang dan cuaca tidak selalunya menyebelahi kita. Kekadang arah pelayaran kita ke utara tetapi angin bertiup ke selatan. Kita akan tersasar dari destinasi jika menurut sahaja tiupan angin.
Sebaliknya kita akan patah, jika  terus berkeras menentang tiupannya. Jadi, apakah kita menjadi 'Pak Turut' yang terpesong tanpa prinsip dan haluan? Atau bersikap keras, rigid dan akhirnya patah kerana kedegilan melawan gelombang?
Sehubungan itu, bijak pandai pernah berkata, "we can't direct the wind but we can adjust our sail." Ertinya, walaupun kita tidak boleh menentukan takdir  yang menimpa tetapi kita diberi kuasa oleh-Nya untuk mentadbir diri kita. Inilah kelebihan manusia, sebagai khalifah.
Kita diamanahkan untuk mentadbir pendengaran, sentuhan, penglihatan, penciuman, penglihatan, fikiran, emosi, hati dan tindakan kita dalam lingkungan takdir-Nya. Oleh itu, dengan segala kuasa dan kelebihan yang ada, kita perlu berubah mengikut arah dan bentuk yang kita pilih dengan izin Allah jua.
Zon Selesa
Malangnya, ramai manusia yang tidak suka berubah. Ada kita bersikap 'selamba' dan 'relaks' dengan apa sahaja yang berlaku termasuk perubahan yang berlaku pada diri dan sekeliling mereka. Mengapa? Sebab perubahan ertinya hijrah atau berpindah. Setiap hijrah dan berpindah itu menagih kesusahan. Maksudnya, orang yang berhijrah terpaksa meninggalkan zon keselesaan (comfort zone) untuk menuju zon cabaran (courage zone).
Misalnya, anak kecil yang hendak berpindah dari tahap merangkak ke tahap berjalan, tentu terpaksa bertatih-tatih, jatuh bangun, jatuh dan terpaksa mengalami calar-calar dan sebagainya. Namun segala-galanya terpaksa dihadapi demi membolehkan dia berjalan. Apa akan jadi kalau ada anak kecil yang terus selesa merangkak dan tidak mahu belajar berjalan kerana takut cabaran? Tentulah tidak ada perkembangan dalam hidup. Maka begitulah para kita, dengan ujian mereka dituntut supaya berubah, jika tidak mereka tidak akan mencapai tahap kematangan untuk berjaya dalam hidup!
Ringkasnya, pelajaran dalam hidup datang bersama tuntutan perubahan. Jika sudah berkali-kali pelajaran disampaikan, tetapi masih tidak ada perubahan, maka itu bermakna kita gagal dalam peperikasaan di universiti kehidupan kita. Apa yang menghalang kita berubah?
Salah satunya ialah keinginan untuk melihat orang lain, keadaan atau peristiwa di luar diri kita terlebih dahulu berubah. "Aku boleh jadi baik, jika guru dan ibu-bapaku melayanku dengan baik," begitu selalu yang kita dengar. "Kedudukan kewanganku boleh stabil, jika pendapatanku bertambah," kata sesetengah yang lain. "Jikalau aku mengenali seorang lelaki yang beriman, aku akan menjadi isteri yang solehah." "Kalau motorku dari jenis yang mahal, tentu aku tidak terlibat dengan accident lagi!"
Begitulah suara-suara kelohan dan harapan yang selalu diluahkan oleh hati kita. Semuanya, mengharapkan keadaan, individu lain dan peristiwa berubah – barulah kita mahu dan mampu berubah. Sedangkan hukum perubahan tidaklah begitu. Kita mesti berubah dulu, barulah keadaan, peristiwa dan individu lain berubah akibat perubahan kita.
Guru dan ibu-bapa akan melayan kita dengan baik, jika kita terlebih dahulu berusaha menjadi anak atau murid yang baik. Anda berjimat cermat dahulu, barulah kedudukan kewangan anda akan stabil. Anda jadi wanita solehah dahulu, barulah akan ada lelaki beriman yang akan melamar anda. Dan anda perlu baiki dan memandu motor 'buruk' anda dengan baik barulah anda tidak terlibat dengan 'accident' dan akhirnya layak untuk mendapat motor baru yang mahal harganya!
Pelajaran Yang Menuntut Perubahan Berterusan
Ingat, setiap kali sesuatu menimpa kita, sama ada baik atau buruk... itu adalah pelajaran yang menuntut perubahan. Maka ubahlah diri kita selalu, ke arah yang baik, lebih baik dan cemerlang. Setiap detik, setiap ketika, ada sahaja peristiwa yang akan kita hadapi... maka belajarlah secara berterusan, dan berubahlah secara berterusan... Nanti kita akan mencapai kebaikan secara berterusan pula.
Jangan sekali-kali menangguhkan pelajaran, nanti anda akan menangguhkan perubahan dan akhirnya menangguhkan datangnya kebaikan. Belajarlah di universiti kehidupan semasa masih ada masa lagi, supaya kita tidak diburu penyesalan apabila tempoh pengajian tamat (mati).
Kata pepatah, "belajar sewaktu muda bagai melukis di atas batu, belajar sewaktu tua bagai melukis di atas air." Teringat kata Dale Carnargie, "jangan gergaji abuk kayu!" Dan itulah nasib orang tua yang tidak belajar semasa mudanya!
Buat diri ku dan diri mu, kuaklah tirai hari ini dan ingatkan diri... aku adalah pelajar di universiti kehidupan ini. Hari ini Allah pasti mengajar ku melalui perlakuan-perlakuan manusia lain kepada ku.  Dan aku mesti belajar dengan orang lain, kejadian, peristiwa itu – pahit atau manis.
Jika manis, Allah mengajarku erti syukur. Jika pahit, Allah mengajar ku erti sabar. Jika dikecewakan, aku sedang belajar hakikat tawakal. Bila cemas, Allah mengajar ku erti raja' (mengharap). Jika sedikit, Allah mengajar ku erti qanaah (berpada-pada). Ya Allah, lepaskan hati kami dari asbab-asbab ini, agar kami bebas dan tenang berpaut pada 'musabbabil asbab' (Penyebab segala sebab) – wajah-Mu ya Allah.
Pujuklah hati, katakan, didikan ini demi cinta-Nya jua.

Read more...

~DENDAM YG TERMANIS~

"Bodoh! Benci, benci, benci!" Inilah reaksi awalku, apabila aku tahu kawan-kawan mempermainkanku. Allah saja yang tahu betapa sakitnya hatiku. Sudahlah dipermainkan, ditabur harum pula dengan fitnah. Sakitnya tidak terperi. Semalaman aku menangis, sakit bila dikianati mereka yang digelar sahabat.
Malam itu, usai solat Isyak, aku memulakan niat untuk bersolat hajat. Aku nak minta pada Allah supaya diturunkanbala yang dahsyat pada mereka yang menganiayaiku. Biar! Biar mereka rasa, sakit yang aku rasakan. Aku nak hajatkan supaya mereka yang menyelarku rasa, apa yang aku alami. Aku nak sepanjang hidup mereka, mereka akan temui kecelakaan dalam setiap langkah yang ditapakkan.
Sakit hati bercampur bisikan syaitan, inilah hasilnya. Aku lakukan solat hajat dengan mata yang sembam dek seharian menangis. Bagiku, pasti Allah akan memberikan keadilan padaku. Doa orang teraniaya pasti termakbul.
Namun, ketika sujud terakhirku, bukan itu yang kuhajatkan buat mereka. Bukan kecelakaan. Bukan bala malapetaka. Sebaliknya aku berhajat supaya aku diberi kekuatan untuk menempuh ujian dari-Nya. Aku berdoa agar rakan-rakanku diberikan hidayah dan diampunkan dosa mereka. Dan aku berdoa agar aku dapat menerima dengan reda ujian-Nya. Sujudku penuh dengan air mata. Sayu.
Alhamdullilah, selesai sudah solat hajatku. Hatiku kini tenang. Damai. Bagaikan tiada kekusutan yang pernah berlaku. Rupa-rupanya, kemaafan itu dendam yang termanis untuk sebuah pembalasan.
"Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahawa Allah mengampunimu?

(Surah an-Nur : Ayat 21)
"Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang lain. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik."

(Surah Ali-Imran: Ayat 134)
Kepada semua yang pernah menghadapi masalah sepertiku; dituduh, dianiaya dan dipulaukan.Janganlah kita berdendam dan ingin saling berbalas. Dendam pasti tiada berkesudahan. Allah menyukai orang yang bersih hatinya. Biar ada yang menggelar kita bodoh dan dungu kerana tidak mahu bertindak balas, biar mulut sekeliling mengata keras,yang penting keredaan ada bersama kita.
Kadang-kadang Tuhan menyembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Tuhan hendak memberi kita pelangi. Lepas apa yang berlaku, bilangan rakanku mula bertambah, bukan hanya dalam kampus sahaja, luar kampus pun ada dan mula rapat dengan rakan-rakan bekas sekolah dulu.
Alhamdullilah. Aku panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi.
Buat mereka yang pernah aku sakiti tanpa sengaja atau secara sengaja, aku memohon kemaafan untuk segala silap dan salahku, dan aku juga memaafkan setiap silap dan salahmu.

Read more...

~LANGKAH MEWUJUDKAN KLEYAKINAN DIRI~

Kadang kala, kita sebagai manusia selalu merasa kurang yakin dengan diri kita. Apatah lagi bila berhadapan dengan kelompok manusia yang kita rasakan masih terlalu asing bagi kita. Biasanya, kita akan cuba mengelak dengan mengatakan kita tidak mampu melaksanakan sesuatu kerja tersebut. Justeru itu, di sini saya berikan beberapa tips dan petua untuk kita meningkatkan keyakinan diri.
1. Anggaplah diri anda diciptakan Allah sama seperti orang lain. Orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh buat?
2. Apa-apa kekurangan / kelemahan yang ada pada diri anda, anda baikinya.
3. Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif.
4. Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat.
5. Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan. Riadah ini sebagai 'warm up' dan dapat mengaktifkan diri seseorang.
6. Kemaskan diri dan anggaplah diri adalah yang terbaik pada hari itu.
7. Apabila berinteraksi, pandang tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku.
8. Apabila memulakan sesuatu tugas, jangan memikirkan masalah. Tetapi fikirkan hasil yang akan diperoleh selepas tugas tersebut dilaksanakan.
9. Sentiasa peka akan waktu. Jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas.
10. Berdoa kepada Allah supaya dipermudahkan setiap urusan seharian kita.
Insya-Allah anda akan dapat menilai betapa berharganya diri anda.
Sesungguhnya anda ialah insan yang mulia dan cemerlang.
Insan yang mulia dan cemerlang mempunyai potensi dan setiap potensi harus diusahakan untuk mendapatkan hasilnya!

Read more...

Saturday, 12 March 2011

Rasulullah dengan pengemis buta...

Rasulullah dengan pengemis buta...

Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiapharinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, "Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya" .

Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat.

Setelah wafatnya Rasulullah SAW praktis tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW yakni Abubakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak bukan merupakan istri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu, "Anakku,
adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?".

* Aisyah RA menjawab, "Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja".
"Apakah Itu?", tanya Abubakar RA. "Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada disana ", kata Aisyah RA.

Keesokan harinya Abubakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abubakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abubakar RA mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil enghardik, "Siapakah kamu ?".
Abubakar RA menjawab, "Aku orang yang biasa." "Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku" , bantah si pengemis buta itu.

"Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut setelah itu ia berikan padaku", pengemis itu melanjutkan
perkataannya.

Abubakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, "Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW".Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abubakar RA, dan kemudian berkata, "Benarkah demikian?


Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... "

Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abubakar RA saat itu juga dan sejak hari itu menjadi muslim.

Nah, wahai saudaraku, bolehkah kita meneladani kemuliaan akhlaq Rasulullah SAW?Atau adakah setidaknya niatan untuk meneladani beliau? Beliau adalah ahsanul akhlaq, semulia-mulia akhlaq.

Kalaupun tidak boleh kita meneladani beliau seratus persen, alangkah baiknya kita berusaha meneladani sedikit demi sedikit, kita mulai dari apa yang kita sanggup melakukannya.

Pengemis yang buta itu lagikan mengetahui orang yang biasa mendatanginya selalu, tidakkan sama dari yang biasa.

Sebarkanlah riwayat ini ke sebanyak orang apabila kamu mencintai Rasulullahmu. ..


Read more...

Thursday, 10 March 2011

Trial PMR Pendidikan Islam 2010 - Ibadat



Johor
1.  Golongan yang harus berbuka puasa
2.  Jelaskan dua akibat orang yang tidak berpuasa.
3.  Nyatakan dua amalan sunat yang dilakukan pada malam hari raya.
4.  Cadangkan dua cara anda mengeratkan silaturrahim sesama umat Islam pada hari   raya.
5.  Apakah maksud samak?
6. Nyatakan dua alat yang digunakan untuk menyamak.


Kedah
1.  Nyatakan dua golongan yang diharuskan berbuka puasa.
2.  Jelaskan dua hikmah diharuskan berbuka puasa.
3.  Siapakah golongan yang wajib qada dan kifarat puasa?
4.    Lengkapkan jadual 2 di bawah dengan jawapan yang betul mengenai kaifiat solat Aidil Fitri.
Bilangan takbir pada rakaat pertama
                                                    X
Bilangan takbir pada rakaat kedua
                                                   Y
5.  Nyatakan dua amalan sunat sebelum solat Aidil Fitri.
6.  Jelaskan dua perbezaan di antara solat hari raya dengan solat Jumaat.
Kelantan
1.  Apakah maksud solat Jumaat
2.   Syarat wajib solat jumaat
3.   2 keistimewaan hari Jumaat
4.   golongan yang harus berbuka puasa
5.   perbezaan antara fidyah dan kifarat
6.   hikmah diharuskan bebuka puasa
Melaka
1.  Apakah maksud bersuci
2.   hukum bersuci dari hadas najis dan kotoran
3.   kepentingan bersuci dalam ibadat solat
4.   dua keistimewaan lailatul qadar
5.   3 amalan yang digalakkan dalam bulan Ramadan
6.   jenis harta yang diwajibkan zakat
Pahang
1.   maksud khusyuk dalam solat
2.   4 usaha untuk khusyuk dalam solat
3.   2 kesan khusyuk dalam solat
4.  amalan2 sunat dalam bulan Ramadan
5.  kelebihan solat terawikh

   Penang
1. Nyatakan dua amalan yang sunat dilakukan sebelum solat Aidil      Fitri
2.   bilangan takbir rakaat pertama dan kedua semasa solat Aidil Fitri
3.   kepentingan takbir Hari Raya
4.  Nyatakan dua golongan yang diharuskan berbuka puasa.
5.  Apakah hikmah diharuskan berbuka puasa?
6.  Senaraikan empat amalan sunat yang boleh anda lakukan di bulan Ramadan.
7.  Jelaskan akibat mengabaikan fardu kifayah.
   Perak
1. Rukun mandi wajib
2.   2 tujuan diwajibkan mandi kepada orang yang berhadas
3.  Zakat memainkan peranan yang penting dalam memajukan umat. berikan 2 hujah anda
4.  2 harta yang wajib dizakatkan selain emas dan perak
5.  2 perbezaan antara zakat dan sedekah
   Perlis
1. maksud solat tahiyyatul masjid
2.   2 contoh solat sunat rawatib
3.   2 hikmah solat sunat rawatib
4.  keistimewaan lailatul qadar
5.   kelebihan berpuasa di bulan Ramadan
    Sabah
1. dua adab sebelum solat Jumaat
2.  kelebihan mengaamlkan adab-adab solat Jumaat
3.  2 syarat solat jamak takdim
4.  2 hikmah disyariatkan solat qosar dan jamak
5.  solat Jumaat dapat melahirkan individu yang berdisiplin. Berikan hujah anda yang menyokong           kenyataan ini
   Terengganu
1. maksud khusyuk solat
2.  perkara yang menghalang khusyuk
3.  perkara sunat ketika berbuka puasa
4.  2 golongan yang wajib membayar fidyah puasa yang ditinggalkannya
5.  hukum solat aidil fitri dan aidil adha
6.  waktu wajib membayar zakat fitrah ialah..
    Selangor
1. tulis lafaz niat puasa
2.  2 hari yang diharamkan puasa
3.  kelebihan orang yang berpuasa di bulan Ramadan
4.  maksud solat sunat tahiyyatul masjid
5.  2 contoh solat sunat rawatib
6.  2 hikmah solat sunat rawatib
Jawapan
Puasa
1.  golongan yang harus berbuka puasa
   - ibu yang mengandung
   - ibu yang menyusukan anak
   - orang yang sakit yang memudaratkan
   - orang tua yang tidak mampu berpuasa
   - musafir lebih 2 marhalah
   - orang yang bekerja berat sepanjang hari
2. Hikmah diharuskan berbuka puasa
   - memberikan kemudahan kepada dolongan yang tidak mampu berpuasa
   - memberi semangat untuk terus menunaikan ibadat puasa apabila mampu
   - menjalani kehidupan berlandaskan syariat Islam

3. amalan sunat di bulan Ramadan
   - solat terawih
   - banyak bersedekah
   - banyak membaca al-Quran
   - Iktikaf di masjid
4. kelebihan berpuasa
   -  pahala diberikan berlipat ganda
   - doa dimakbulkan
   - perasaan gembira ketika berbuka puasa
                                                             
5. hari yang diharamkan puasa
   -  1 syawal
   -  10 Zulhijjah
   - 11- 13 Zulhijjah
   - 30 Shaaban
6. Qadak = menunaikan semula ibadat yang tertinggal
   -  Musafir
   - orang yang sakit apabila sembuh
   - perempuan haid
   - perempuan mengandung / menyusukan anak yang bimbang kesihatan diri

7. Fidyah = membayar secupak beras kerana melakukan kesalahan dalam ibadat
   -  sakit tenat yang tiada harapan sembuh
   - orang tua yang uzur
   - orang yang bekerja berat sepanjang hari
8. Qadak dan Fidyah
   -  perempuan yang mengandung bimbang kesihatan diri dan anaknya
   - perempuan yang menyusukan anak bimbang kesihatan diri dan anaknya
   - orang yang lewat membayar ganti puasanya hingga tiba Ramadan yang berikutnya
9. Kafarah = suami yang persetubuhan pada siang Ramadan dengan sengaja
   Aidil Fitri Aidil Adha
10. amalan sunat pada malam hari raya
   -  bertakbir
   -  membanyakkan solat sunat
11.  amalm sunat sebelum solat Aidil Fitri
   -  mandi sunat hari raya
   -  memakai pakaian yang bersih
   - pergi awal ke masjid
   - bersarapan terlebih dahulu
12. Bilangan takbir pada rakaat pertama solat hari raya = 7
13. Bilangan takbir pada rakaat kedua solat sunat hari raya = 5
14. kelebihan bertakbir
   -  meninggikan lambang atau syiar Islam
   -  melahirkan tanda kesyukuran kepad Allah
   -  menginagtkan kebesaran Allah
15. cara meningkatkan silaturahim semasa hari raya
   -  saling kunjung berkunjung
   - saling bermaaf maafan
   Solat
   1.  maksud khusyuk solat ialah : tunduk dan merendah diri serta menumpukan fikiran kerana Allah semasa   solat
2. cara khusyuk
   -  faham apa yang dibaca
   -  melihat tempat sujud
   -  melakukan rukun dengan sempurna
   -  memberi tumpuan sepenuhnya ketika solat
3. perkara yang halang khusyuk
   -  tidak faham apa yang dibaca
   -  terlalu banyak angan-angan
   -  melakukan dosa dan maksiat
   -  mata tidak memandang tempat sujud
4. Solat tahiyyatul masjid ialah solat sunat dua rakaat apabila masuk ke masjid
5.  solat sunat rawatib ialah solat yang mengiringi solat fardhu samada sebelum atau selepas
6.  contoh solat sunat rawatib ialah
   - solat sunat sebelum subuh
   - solat sunat sebelum asar
   - solat sunat selepas maghrib
   - solat sunat selepas  Isyak
   Zakat
1. Syarat Wajib zakat
   - Islam
   - merdeka
   - Sempurna milik
   - Baligh
   - Cukup Haul
   - Cukup Nisab
2. Harta yang wajib dizakatkan
   - emas dan perak
   - mata wang
   - hasil pertanian
   - hasil ternakkan
   - hasil perniagaan
   - galian
   - rikaz
3. Perbezaan antara zakat dan sedekah
  Aspek                               Zakat                                            Sedekah
 Hukum                              wajib                                             sunat
   harta              harta tertentu seperti emas dan                      sebarang harta yang
                                          perak                                             bermanfaat
   penerima                              golongan asnaf                           sesiapa sahaja
4.Bersuci
1. maksud bersuci ialah :  membersihkan diri , pakaian dan tempat dari najis yang boleh menghalang ibadat
2. Hukum bersuci ialah : wajib
3. Rukun Mandi wajib
   -  Niat
   - meratakan air keseluruh badan
4. Kelebihan mandi wajib bagi mereka yang berhadas
   -  mencergaskan minda
   - membersihkan tubuh badan
   - membolehkan menunaikan ibadat
   Solat Jumaat
1. maksud solat jumaat ialah ; solat dua rakaat yang dilakukan pada waktu zuhor pada hari jumaat secara berjemaah dan didahului dengna dua khutbah
2. Syarat Wajib solat Jumaat
   - Islam
   - Baligh
   - Lelaki
   - berkemampuan
   - Bermukim
   - merdeka
3. perbezaan solat hari raya dan solat jumaat
 Aspek                            solat jumaat                        solat hari raya
 hukum                                wajib                                sunat
  masa                                 waktu zuhor                          waktu pagi
 khutbah                              sebelum solat                        selepas solat


4. Soalan Hukum
1.  Cik Rina tidak mengambil wuduk sebelum mandi wajib. (sah mandinya)
2.  Puan Rahimah membaca al-Quran setelah kering haid sebelum mandi hadas besar. (haram)
3.  Haji Ahmad bertayammum untuk menunaikan solat Zohor sebelum masuk waktunya.         (tidak sah)
4.  Encik Zakaria tidak menunaikan solat Jumaat kerana menjaga ibunya yang sakit di hospital. (harus)
Kedah
1.  Ramli menyucikan tangannya yang dijilat anjing dengan sekali air tanah        dan lima  kali dengan air  mutlak.   (tidak sah)
2.  Salman memegang al–Quran dalam keadaan berhadas besar.               (haram)
3.  Salim mengerjakan solat jamak ketika bermusafir dari Alor Setar ke Kuala Lumpur.         (harus)
4.   Rohani berkumur berlebih-lebihan sedangkan ia berpuasa.          (makruh)


   Kelantan
1.  Kasim berwudhuk terlebih dahulu sebelum mandi wajib (sunat)
2.   Pak Wan menunaikan solat asar menggunakan tayamum solat zuhor              (tidak sah)
3.   Nani berpuasa sunat pada 30 Shaaban       (haram)
4.  Safwan membayar zakat fitrah untuk dirinya selepas soalt Aidil Fitri      (tidak sah)
  Melaka  
(namakan ibadat bagi situasi di bawah)
1. Arif menunaikan solat zuhor dua rakaat semasa dalam perjalanan ke luar negara  (qasar)
2.  Ali menunaikan solat Isyak dalam waktu maghrib semasa dalam perjalanan pulang dari Perlis  kerana menziarahi bapa saudaranya yang sakit  (jamak takdim)
3.  anda berpuasa pada 10 Muharam  ( puasa sunat hari Asyura)
4.  Azli memberi secupak beras kepad fakir miskin kerana tidak mengqadakan puasanya sehingga masuk  bulan Ramadan tahun berikutnya  (fidyah)

Pahang
1.  Azman mandi wajib tanpa membaca  bismillah terlebih dahulu (sah)
2.   Aisyah mengadakan jamuan berbuka puasa kepada orang yang berpuasa  (sunat)
3.   Zakwan membaca selawat ke atas nabi selepas takbir ke dua semasa solat jenazah (wajib)
4.   Hashimah mengeluarkan zakat perniagaannya kepad orang bukan Islam  (haram)


   Penang
1.  Samad mendahului anggota kiri semasa berwuduk kerana kidal.   (makruh)
2.  Azmi merenggangkan jari semasa menekap debu ketika bertayamum. ( sunat)
3.  Ahmad beristinjak menggunakan air embun ketika berkhemah di dalam hutan. (sah)
4.  Saleha sujud syukur selepas diumumkan sebagai pelajar cemerlang PMR sedangkan dia berhadas besar. (haram)
  Perak  
:  [ qadak  -  kifarah - fidyah  - qadak serta fidyah ]
1.  orang yang sakit tenat tiada harapan sembuh  (fidyah)
2.   suami yang melakyka persetubuhan pada siang Ramadan dengan sengaja (kifarah)
3.  lewat mengqadak puasa hingga ke Ramadan berikutnya            (qadak dan fidyah)
4.  perempuan haid, nifas dan wiladah (qadak)
   Perlis
1.  Hasnah menunaikan solat sunat dua rakaat sebelum solat subuh  (sunat)
2.  Aminah merasa makanan semasa memasak juadah berbuka puasa  (makruh)
3.  Zahir berbuka puasa semasa dalam perjalanan dari Kangar ke Kuala Lumpur           (harus)
4.  Pak Man berpuasa pada 11 Zulhijjah (haram )

   Sabah
1. Siti mandi wajib tanpa wudhuk terlebih dahulu (sah)
2.  Saman berbual dengan rakannya semasa sedang mengambil wudhuk (makruh)
3.  salmi bertayamum dengan tanah yang bercampur lumpur  (tidak sah)
4.  Kairi menyamak kulit binatang dengan menggunakan berus daripada bulu babi  (haram)
   Terengganu
1. Akram menunaikan solat terawih sebelum solat Isyak (tidak sah) tempoh waktu solat terawih ialah   selepas solat isyak hingga sebelum solat subuh
2.  Penduduk Kg Batang Pinang menunaikan Solat Jumaat dengan jumlah jemaah seramai 52 orang iaitu  terdiri dari 39 bermastautin 3 bermukim dan 10 pelancung asing (tidak sah)
3.  Adibah menunaikan  solat Maghrib dan Isyak secara jamak di masjid kampungnya sebaik sahaja sampai dari Mekah (tidak sah)
4.  Madihah  mandi wajib dengan meratakan air keseluruh badannya tanpa menggosok-gosokkannya   kerana yakin badnnya tiada najis atau kotoran  (sah)

   Selangor
1.  Razi menuanikan solat sunat hajat selapas solat Asar di rumahnya  (haram)
2.  Fahim menjamakkan solat Maghrib dengan solat Isyak ketika musafir  (harus)
3.  Maimun merasa makanan masakan sedangkan dia berpuasa  (makruh)
4.  Aminah berwuduk sebelum mandi wajib (sunat)


Read more...